Wednesday, March 7, 2007

IKAN HARUAN


Ikan Haruan (ophiocehalus striatus ) biasa hidup di air tawar seperti di sungai, paya dan sawah tetapi ia juga boleh hidup dalam air payau. Keistimewaan ikan ini ialah pada ketahan diri dan khasiatnya dalam bidang perubatan.
Ikan haruan dapat hidup di dalam selut sehingga berbulan-bulan kerana ia mempunyai anggota penyedut udara. Ia sangat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk luka, kulit bersisik, ruam dan lecur. Kajian mendapati haruan berpotensi menyembuhkan masalah luka dengan kadar tiga kali lebih cepat berbanding ubat tradisional lain, manakala pati haruan juga berfaedah bagi tujuan kecantikan wanita.

No comments: